| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penutupan Kursus Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis Sistem Latihan Dual Nasional Pusat Koreksional Labuan

Pada 22 Februari 2019 (Jumaat), bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan telah berlangsung Majlis Penutupan Kursus Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang telah disempurnakan oleh Timbalan Komisioner Penjara, Haji Suria bin Haji Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta turut dihadiri oleh Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan, Encik Ag Marten Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan dan Timbalan Penguasa Penjara, Alfonsus Francis Anak Hill, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Pusat Koreksional Labuan. Seramai 12 orang pegawai telah mengikuti kursus tersebut yang dianjurkan oleh Unit Vokasional dan Industri Pusat Koreksional Labuan diketuai oleh Ketua Inspektor Penjara, Erwin Andrian bin Budi Susilo.