| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Pertandingan Tarik Tali Tiga Penjuru Anjuran Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

26 Februari 2019 (Selasa) – Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah mengadakan Pertandingan Tarik Tali Tiga Penjuru diantara Pasukan Tarik Tali Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu, Penjara Seremban dan PPP Kem Syed Sirajuddin Gemas manakala Pasukan Tarik Tali, Pasukan Simpanan Persekutuan Polis Diraja Malaysia Seremban sebagai pasukan jemputan. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memilih Pasukan Tarik Tali Penjara Negeri Sembilan bagi menyertai Kejohanan Tarik Tali Jabatan Penjara Malaysia 2019 yang akan diadakan pada 18 Julai 2019 sehingga   

21 Julai 2019 jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Turut hadir PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu dan DSP Jaafar bin Haji Paiman, Pegawai Pemerintah Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 7(PSP) Seremban serta kakitangan.