| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Pelaksanaan Modul Kawad Zikir Di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

21 Februari 2019 (Khamis) – Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah menerima kunjungan lawatan daripada Bahagian Agama dan Kaunseling Ibu Pejabat Penjara Malaysia bersama Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) bertempat di Surau An-Nur IPDJ. Program ini telah disertai oleh Ustaz Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim Ketua Seksyen Agama Bahagian Agama dan Kaunseling, IPPM dan PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Program ini bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 1.15 petang. Program ini bertujuan melihat pelaksanaan amalan zikrullah banduan berlandaskan Modul Kawad Zikir yang dibangunkan dan penambahbaikan modul tersebut di institusi ini.