| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penyertaan Pegawai Pusat Koreksional Labuan Dalam Kejohanan Petanque Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2019

Pada 22 hingga 24 Februari 2019 bertempat di Gelanggang Petanque SMK Seri Bentong, Pahang telah berlangsung Kejohanan Petanque Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2019 yang telah dikelolakan oleh Penjara Bentong, Pahang. Seramai 04 orang pegawai daripada Pusat Koreksional Labuan telah terpilih mewakili Pasukan Petanque Jabatan Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam kejohanan tersebut iaitu Penguasa Penjara, Jaafar bin Timbang selaku Pengurus Pasukan, Sarjan Penjara, Mary Joseph, Koperal Penjara, Sabaruddin bin Musa dan Pegawai Tadbir Kewangan, Encik Sedyman bin Lokiman. Dalam kejohanan tersebut, Pasukan Petanque Jabatan Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mendapat tempat Ketiga Bersama bagi Kategori Berpasukan dan Johan bagi Kategori Beregu Terbuka VIP yang diwakili oleh Penguasa Penjara, Jaafar bin Timbang. Ini merupakan pencapaian terbaik bagi Pasukan Petanque Jabatan Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sejak meyertai kejohanan ini pada tahun 2016. Penyampaian hadiah kepada para pemenang semasa Majlis Perasmian Penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg. Komisioner Jeneral Penjara, Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dengan disaksikan oleh YBhg. Komisioner Penjara, Dato’ Ab Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang.