| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kejohanan Padang Dan Balapan Sekolah Henry Gurney Telok Mas

22 Februari 2019 (Jumaat) Institusi Sekolah Henry Gurney Melaka telah mengadakan Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Penghuni Akademik bertempat di Mini Stadium Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas dan turut dihadiri oleh PP Redzwan Bin Saghil@Yusof, Timbalan Pengarah SHG, Pegawai-Pegawai Kanan dan Guru-guru SHG Telok Mas, Melaka. Aturcara dimulakan dengan perbarisan, ikrar kejohanan, pertunjukan pancaragam dan acara olahraga. Pasukan Rumah Hijau telah muncul sebagai johan keseluruhan.