| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perbarisan Sambutan Hari Penjara Ke-229 Peringkat Institusi Pusat Koreksional Kamunting

25 MAC 2019 (Isnin) - Pada 25 Mac 2019 yang lepas telah berlangsungnya Majlis Perbarisan Sambutan Hari Penjara ke-229 Peringkat Institusi Pusat Koreksional Kamunting dengan jayanya. Antara program yang dijalankan pada hari berkenaan sempena dengan Hari Penjara adalah pemakaian pangkat dan pingat disempurnakan oleh PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, pembacaan perutusan hari penjara daripada YBhg. Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar dibacakan oleh PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, Pembakaran artikel larangan di hadapan Astaka PK Kamunting, gotong-royong membersihkan kawasan sekitar PK Kamunting, Ziarah Anggota,  Bengkel Jangkamasa Pendek Menyelenggara Motosikal kerjasama dengan Kolej Komuniti Taiping dan bacaan Surah Yassin selepas Solat Magrib berjemaah di Surau As-Syakirin PK Kamunting. Pada keesokan harinya pula diadakan Pertandingan Ten-Pin Bowling Sempena Ulang Tahun Sambutan Hari Penjara kali ke-229 bertempat di Winners Bowl Taiping. Acara Duo Berpasukan telah dijalankan dan baling mula dijalankan oleh PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting sebagai merasmikan permulaan pertandingan.