| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Kali Ke-229 Peringkat Institusi Pusat Pemulihan Akhlak Machang Kelantan

Pada 24 Mac 2019, Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan telah mengadakan Sambutan Hari Penjara ke-229 Peringkat Institusi yang bertemakan “Reformasi Penjara Masyarakat Sejahtera”. Program Sambutan yang dijalankan dari 24 hingga 31 Mac 2019  ini telah dirasmikan oleh Yang Dihormati PKK Zaidi Bin Hamid, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan.Peserta program ini melibatkan semua kakitangan uniform dan awam,pasangan,anak-anak Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan.

Pengisian program yang dijalankan adalah sukan bola sepak, bola jaring, bola tampar, ping pong, badminton, tilawah dan hafazan bagi anak-anak kakitangan, lawatan/ziarah, takraw, “fun ride” , tenis, memancing, bowling dan Gotong Royong Mega 2.0.

Pada 28 Mac 2019  sekitar jam 1.00 tengahari, Yang Dihormati PKK Zaidi Bin Hamid bersama Isteri, Puan Naimah Binti Yaacob serta 3 orang wakil kakitangan telah mengunjungi  5 keluarga kakitangan yang sakit dan kematian keluarga. Yang Dihormati PKK Zaidi bin Hamid dan Isteri  juga telah menyampaikan sumbangan daripada Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan kepada keluarga yang terlibat:

i)  KPL  10930 Samiun bin Mohamad, Kg Padang Tok Mat, Ketereh  – Bapa mertua meninggal dunia.
ii) KPL  20097 Abd Rahman Al-Hafiz Bin Abd Hamid, T.Merah –  Isteri dan anak sakit Jangkitan  Kencing Tikus.
iii) KPL 13921 Zahari Bin Mohamad Nor, Pasir Pekan – Kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja
iv) SJN 5296 Zulkifli Bin Hamat, Wad 7 Selatan HUSM – Sakit buah pinggang
v)  KPL 13641 Mohd Safawi Bin Ismail, Wakaf Bata Machang – Isteri menghidap barah payudara.

Acara penutupan dirasmikan oleh PKK Zaidi Bin Hamid pada 31 Mac 2019. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi semua acara sukan. Majlis berakhir sekitar jam 1.00 tengahari.