| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Sempena Hari Penjara Ke 229 SHG Telok Mas Melaka

Pada 23 Mac 2019 (Sabtu) bersempena dengan Sambutan Hari Penjara Ke 229, Kelab Sukan Kakitangan SHG Telok Mas Melaka telah mengadakan Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Tertutup Komuniti DUN Telok Mas bertempat di Mini Stadium SHG Telok Mas Melaka. Kejohanan ini bertujuan menjalinkan hubungan bersama masyarakat setempat dan sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian. Pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan Telok Mas FC yang mengalahkan Pasukan Berangan 6 FC. Manakala Alai Empire FC dan Bukit Pegoh FC menduduki tempat ke 3 bersama. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas Melaka.