| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Penjara Kali Ke 229 Tahun 2019 Peringkat Institusi Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah Perak

Pada 25 Mac 2019 (Isnin) telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Penjara ke 229 tahun 2019 peringkat institusi Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah Perak. Majlis dimulakan dengan perbarisan di Dataran PPA Batu Gajah disertai oleh PKP Mahadzair Bin Che Daud (Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah) dan PP Wan Hasnoul Zairie Bin Wan Husin bersama 200 anggota dan kakitangan. Antara program yang dijalankan pada hari berkenaan adalah pemakaian pangkat dan pembacaan Perutusan Hari Penjara daripada YBhg. Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar yang dibacakan oleh PKP Mahadzair Bin Che Daud (Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah), taklimat dari Kementerian Kesihatan dan lawatan ke rumah anggota yang menghidap sakit kronik serta anggota yang telah bersara. Pada sebelah petang pula berlangsungnya Dialog Bulanan dan selepas Solat Maghrib diadakan solat hajat, doa selamat dan ceramah  sempena sambutan Hari Penjara kali ke 229. Pada 23 Mac 2019 pula, telah diadakan Program Hari Keluarga yang melibatkan semua kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah.