| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Ceramah Motivasi Kepada Penghuni India Di Penjara Kajang,Selangor

Pada 23 Mac 2019 (Sabtu), Seksyen Pemulihan Penjara Kajang (Unit Penyelaras Lain-lain Agama)  institusi Penjara Kajang telah menganjurkan Program Ceramah Motivasi kepada penghuni India. Seramai  231 penghuni  beserta kakitangan terlibat dalam program tersebut yang dimulakan dengan sesi ceramah tentang Kesedaran diri, Kemasyarakat dan Kenegaraan oleh penceramah yang dijemput khas iaitu Dr. Kader Ibrahim R M Rashad Khan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan(TKP Kausalya Devi a/p Sathoo), Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Inteligen (TKP Anathurai a/l Kalimuthu) dan Timbalan Pengarah Penjara Kajang (PKK M.Basakaran a/l S.Muthiah). Matlamat utama program ini dianjurkan supaya memberi kesedaran kepada penghuni untuk berubah dan menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara apabila dibebaskan kelak.