| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Ibu Anjuran Astro Di Penjara Wanita Kajang

Pada 2 Mei 2019 (Khamis), Institusi ini telah mengadakan Sambutan Hari Ibu Anjuran Astro di Penjara Wanita Kajang dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini adalah hasil kerjasama dengan Dr N C Rajamani Chellamuthu, Senior Vice President, Indian Customer Business, Astro dan Timbalan Pengarah Pendidikan dan Pemulihan, IPPM, TKP Kausalya Devi A/P Sathoo yang ingin membuat program untuk banduanita berbangsa India di institusi ini. Seramai 25 banduanita berbangsa India dan 15 kakitangan Penjara Wanita Kajang telah menyertai program tersebut. Pihak Astro telah menjemput beberapa pakar motivasi iaitu Dr Mohamad Rahim Kamaluddin, Pakar Kriminologi & Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan serta Puan Kogilavani untuk memberi ceramah kepada banduanita berkaitan dengan kehidupan mereka.

Tetamu jemputan yang turut memeriahkan program ini adalah Timbalan Pengarah Seksyen Inteligen, IPPM TKP Anathurai A/L Kalimuthu, Timbalan Pengarah Rawatan dan Layanan, IPPM, TKP Nora Binti Musa, pegawai Bahagian Dasar Kepenjaraan, IPPM dan Persatuan Hindu Sangam. Antara aktiviti yang diadakan adalah membuat lakonan bertemakan “Ibu Banduan”, tarian daripada banduanita dan terdapat beberapa penyanyi terkenal dalam kalangan masyarakat India dibawa oleh Astro iaitu Dharshaini Easparan dan Shamini Ramasamy. Program ini serba sedikit telah memberi kesedaran kepada banduanita yang mempunyai anak dan sebagai seorang ibu yang terpisah dengan keluarga mereka. Program ini membawa kesan mendalam kepada mereka yang merindui keluarga.