| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perujian Tilawah Al-Qur’an Peringkat Kebangsaan (Kakitangan) Jabatan Penjara Malaysia 2019/1440H

Majis Perujian Tilawah Al-Qur’an Peringkat Kebangsaan (Kakitangan) Jabatan Penjara Malaysia 2019/1440H telah diadakan pada 24 April hingga 26 April 2019 bertempat di Auditorium Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Bahagian Agama dan Kaunseling merupakan penganjur utama dengan kerjasama Majlis Sukan Penjara Malaysia dengan objektif untuk membentuk kakitangan yang mampan fizikal dan spiritual di samaping membudayakan bacaan Al-Qur’an di kalangan kakitangan Jabatan Penjara. Seramai 11 orang peserta lelaki ( Qari ) dan 8 orang peserta wanita ( Qariah ) telah memperdengarkan bacaan masing-masing pada 25 April 2019. Pemarkahan adalah berdasarkan kepada empat kategori iaitu Tajwid ( 35% ), Lagu / Tarannum ( 25% ), Fasohah ( 20% ) dan Suara (20%). Penghakiman diketuai oleh Ketua Jemaah Hakim Ustaz Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Timbalan Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

Majlis perasmian penutupan berlangsung pada 26 April 2019 (Jumaat) disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Ketua Pengarah (Pemasyarakatan). Turut mengiringi adalah TKP Mohd Muslih bin Mahmud, Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling, Ibu Pejabat Penjara Malaysia merangkap Pengerusi Majis Perujian Tilawah Al-Qur’an Peringkat Kebangsaan (Kakitangan) Jabatan Penjara Malaysia 2019/1440H.

Majlis diserikan dengan jemputan khas bekas Johan Majlis Tilawah Al-Qur’an Peringkat Antarabangsa sebanyak 6 kali iaitu Sarjan Mejar Penjara (B) Hajjah Rahmas binti Abdullah, persembahan nasyid pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Penjara Kajang dan kumpulan Far East.

Keputusan penuh Majis Perujian Tilawah Al-Qur’an Peringkat Kebangsaan (Kakitangan) Jabatan Penjara Malaysia 2019/1440H adalah seperti berikut :
    


A.Lelaki ( Qari )

1.Johan
 Encik Buhori bin Mahaiddin ( Perak )
2.Naib Johan
Encik Abu Mansor bin Chik ( Terengganu )
3.Tempat Ketiga
Encik Zulkifli bin Salleh ( Kelantan )


B.Wanita ( Qariah )

1.Johan
Puan Faridah binti Ag Tangah ( Sabah )
2. Naib Johan
Puan Noraliyah binti Ab Rahman ( Kedah )
3. Tempat Ketiga
Puan Atifah binti Mohamad Zaki ( Pahang )