| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Penyelarasan Kerjasama Strategik Kdn : Program Reintegrasi Penghuni (Prp) Di Pusat Koreksional Jasin, Melaka

25 April 2019 (Khamis), Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah diberi tanggungjawab menjadi penganjur Mesyuarat Penyelarasan Kerjasama Strategik KDN, Program Reintegrasi Penghuni (PRP) di Bilik Orkid yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohamad Sanuri Bin Shahid (Ketua Eksekutif, IPSOM). Turut hadir wakil-wakil daripada PDRM, AADK, BTN, TSUB (KEW), PPT (K) dan Jabatan Penjara Malaysia diwakili oleh Tuan Mohd Andri Bin Md. Ridzuan, Tuan Kamarul Alam Bin Taib dan pegawai-pegawai kanan institusi ini. Tujuan mesyuarat adalah untuk mendapatkan  alternatif lain bagi meneruskan pengoperasian PRP, setelah YBhg. Dato’ Seri KSN membuat keputusan bahawa Program Peintegrasi Penghuni (PRP) diberi tempoh setahun untuk beroperasi di kem-kem ATM.