| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Memperkasakan Pengajian Tinggi Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2019

 

Pada 25 April 2019 ( Khamis ), Program Memperkasakan Pengajian Tinggi Penghuni Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan bertempat di Unit Rawatan Dan Pemulihan Dadah ( RPD ), Penjara Kajang. Program ini dirasmikan oleh YBhg. Dato‘ Sri KJP Haji Zulkifli bin Haji Omar (Ketua Pengarah Penjara Malaysia) diiringi TKP Abdul Halim bin Ma Hassan (Pengarah Penjara Kajang). Turut hadir bagi menjayakan program tersebut, YBhg. Dato’ Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional), YBrs. KP Ariffin bin Mohd Nor, Pengarah Pengurusan Banduan, YBhg. Prof Dato’ Dr. Mansor Fadzli, Presiden / Naib Canselor Open University Malaysia, Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Institusi, Wakil dari Kementerian Dalam Negeri, Wakil Agensi Kerajaan, Wakil dari Kementerian Pendidikan tinggi Malaysia, Wakil dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Swasta, Hakim Pelawat dan Wakil Media. Program ini turut diserikan dengan sesi pengenalan kepada Program Memperkasakan Pengajian Tinggi Penghuni, persembahan tarian singa, jalinan kasih dan persembahan kumpulan muzik dari wakil penghuni. Diharap dengan adanya Program Memperkasakan Pengajian Tinggi Penghuni ini dapat manjadi pemangkin dalam usaha pihak Jabatan Penjara Malaysia membudayakan ilmuwan dikalangan kakitangan dan penghuni.