| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Ramadan Bersama Ahli Parlimen dan Anam-Anak Yatim Darulsalam

Pada 20 Mei 2019(Isnin) Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah Perak telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan bersama Ahli Parlimen dan Anak-anak Yatim Darulsalam. Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat V.Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah), TKP Tan Tian Heng (Pengarah Penjara Negeri Perak), Puan Haliza binti Sipun (Pegawai Daerah Kinta), PKK Kamarulzaman bin Haji Mamat (Pengarah Penjara Tapah), Ketua-Ketua Jabatan, wakil institusi dan jabatan, En Norizan bin Razali (Pengurus Anak Yatim Darulsalam), hakim pelawat dan wakil expoam. Seramai 50 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Darulsalam, Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh hadir ke majlis tersebut. Aturcara majlis adalah penyampaian sumbangan kepada Surau Diri Jumaat, Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, 2 buah surau dibawah qariah Surau Diri Jumaat, iaitu Surau Jamaiyah Desa Changkat dan Surau Al Muqurrobin Desa Jana serta sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Darulsalam serta anak-anak yatim Darulsalam.