| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Progam Jalinan Kasih Aidilfitri 2019 Penjara Dusun Dato’ Murad

20 Jun 2019 (Khamis) : Bertempat di Dewan Kelab Sukan & Kebajikan, telah diadakan  dengan jayanya Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Dusun Dato’ Murad. Program tersebut telah disempurnakan oleh TPP Shamsul Izak Bin Samli selaku Timbalan Pengarah (Keselamatan) yang mewakili PKP Zamzuri Bin Ghani iaitu Pengarah Penjara Dusun Dato’ Murad. Aturcara majlis dimulakan dengan penyerahan penghuni kepada keluarga, bacaan doa, ucapan oleh Timbalan Pengarah (Keselamatan) dan ucapan oleh wakil penghuni. Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan nyanyian oleh penghuni dan juga keluarga. Seramai 8 orang penghuni telah terpilih untuk meraikan Sambutan Aidilfitri bersama keluarga pada tahun ini.