| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Hari Anti Dadah 2019 Di International Medical University (IMU) Malaysia, Bukit Jalil

Pada 27 Jun 2019 (Khamis), ‘International Medical University’ (IMU) Malaysia, Bukit Jalil telah menganjurkan Program Hari Anti Dadah 2019 yang telah diadakan di Auditorium IMU. Jabatan Penjara Malaysia telah dijemput untuk ke program tersebut bersama agensi kerajaan yang lain antaranya Agensi Anti Dadah Kebangsaan  (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Seramai 14 orang penghuni dari penjara Kajang  telah membuat persembahan sketsa muzikal bertajuk ‘Peluang Kedua’ yang menghiburkan para penonton dalam memahami mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan. Program yang dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris ini telah dihadiri oleh TKP Mat Rasid Bin Jahlil (Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Banduan, Seksyen Pemulihan dan Pendidikan) dan pengurusan IMU. Aktiviti lain yang turut diadakan ialah forum, kuiz dan pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan pihak IMU.