| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Aidilfitri Sekolah Agama (JAIM) Henry Gurney Dan Bahagian Agama SHG Telok Mas, Melaka

Pada 25 Jun 2019 Sekolah Agama (JAIM) Henry Gurney Dan Bahagian Agama SHG Telok Mas, Melaka telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2019 di Dewan Seroja SHG Telok Mas Melaka. Majlis sambutan tahun ini diserikan dengan kehadiran Puan Laila Binti Baba, Ketua Penyelaras Pendidikan Daerah Melaka Tengah, Puan Zalina Binti Mehad, Nazir Daerah Melaka Tengah dan beberapa pegawai kanan yang bersama-sama meraikan pelajar-pelajar. Program ini bertujuan memberi suntikan semangat ke dalam jiwa pelajar supaya mengamalkan nilai kasih sayang dan kekeluargaan sesama insan.