| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Aidilfitri Peringkat Banduan Akhir Dan Tahanan Poca Penjara Bentong Tahun 2019

RABU, 26 Jun 2019 : Unit Pemulihan (PPI) Penjara Bentong dengan kerjasama dari semua unit di Penjara Bentong telah berjaya melaksanakan program Jalinan Kasih sempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2019. Majlis disertai oleh seramai 11 POCA dan 4 Banduan Akhir dan dihadiri oleh seramai 75 ahli keluarga.

Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran PP Mohd Marzuki Bin Ibrahim (Penguasa Bahagian Pemulihan Penjara Bentong) TPP Mohamad Hasnor Bin Abd. Hamid (Ketua Bahagian Pemullihan Penjara Bentong). Majlis dimulakan dengan acara penyerahan banduan kepada keluarga, persembahan nyanyian lagu raya oleh Bengkel Seni dan diakhiri dengan ramah mesra tetamu VVIP bersama banduan dan keluarga.

Semoga dengan berakhirnya program seperti ini dapat merapatkan hubungan silaturahim serta meningkatkan rasa cinta dan kasih sayang antara banduan dengan keluarga. Seterusnya dapat merubah banduan menjadi lebih baik pada masa hadapan.