| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pasukan Futsal Wanita Penjara Limbang menjuarai Pertandingan Futsal MAKSAK 2019 Antara Jabatan Bahagian Limbang

Pada 14 Julai 2019 (Sabtu) MAKSAK Bahagian Limbang telah mengadakan pertandingan Futsal MAKSAK Limbang bertempat di Stadium Tertutup Limbang. Penjara Limbang telah menghantar pasukan futsal wanita yang terdiri daripada (7) orang kakitangan wanita Penjara Limbang dan telah menjuarai pertandingan tersebut. Hadiah pemenang disampaikan oleh wakil Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang, Dr Mohd Aslam Ariffin. Hadir bersama adalah Setiausaha Kelab Perubatan Sarawak Cawangan Limbang, Mohd Ali Abu Bakar. Sementara itu, Koperal Connie Beraim telah diumumkan sebagai pemain terbaik dan penjaring terbanyak perlawanan.