| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Karnival Sukan Peringkat Penghuni Penjara Marang, Terengganu Bagi Tahun 2019

Pada 29 Ogos 2019 (Khamis), Penjara Marang Terengganu telah mengadakan Majlis Penutup Karnival Sukan Peringkat Penghuni Penjara bagi tahun 2019. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh PKK Wan Sani bin Ab. Latiff, Pengarah Penjara Marang, Terengganu. Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah PPP Roslan bin Mohamed. Program ini melibatkan 300 orang penghuni bersama kakitangan daripada Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Marang. Program kali ini telah bermula dari 25 Ogos 2019 sehingga 29 Ogos 2019 dengan melibatkan penyertaan daripada penghuni Zon 1 dan Zon 3 merangkumi permainan catur, ping-pong, sepak takraw, karom, bola tampar dan bola sepak. Program telah berlangsung dengan jayanya dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Antara tujuan karnival ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup yang sihat dikalangan banduan dan kakitangan penjara.