| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bengkel Perniagaan Atas Talian (Online Business) Di Bawah Projek Reben Kuning

Pada 21 dan 22 Ogos 2019, Kementerian Belia dan Sukan di bawah Projek Reben Kuning telah menganjurkan Bengkel Perniagaan Atas Talian (Business Online) di Bawah Projek Reben Kuning dengan kerjasama Malaysia Digital Development Corporation (MDEC) dan Jabatan Penjara Malaysia. bertempat di Penjara Wanita Kajang yang melibatkan 40 penghuni Penjara Wanita Kajang yang akan dibebaskan dalam tempoh enam bulan. Perasmian Penutup Bengkel Perniagaan Atas Talian (Business Online) di Bawah Projek Reben Kuning dirasmikan oleh YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir dalam majlis perasmian penutup adalah YBhg. TKJP Dato’ Alzafry Mohamed Alnasiff bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Pengarah-pengarah Bahagian, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, pegawai-pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan , pengarah-pengarah Institusi Zon Tengah dan pegawai-pegawai kanan, Jabatan Penjara Malaysia.