| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Perkongsian Pintar PERAKfm, Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah (PPA) Batu Gajah Dan Kelab Sahabat Pendengar PERAKfm

Pada 20 Ogos 2019 (Selasa), Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah Perak telah mengadakan Program Perkongsian Pintar PERAKfm, Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah (PPA) Batu Gajah dan Kelab Sahabat Pendengar PERAKfm Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019. Program tersebut disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datin Seri Dr. Nomee Ashikin binti Dato Mohammed Radzi (Pengerusi Persatuan Amal Isteri Harapan Perak KASIH), KP Tan Tian Heng (Pengarah Penjara Negeri Perak), Pn. Nor’Ain Binti Bakir (Pengarah Penyiaran Negeri Perak), Puan Haliza binti Sipun (Pegawai Daerah dan Tanah Kinta), Puan Hanita binti Hashim (Pengerusi Kelab Pendengar Radio Perakfm), Timbalan Komisioner Dr. Kausalya Devi a/p Sathoo (Wakil Bahagian Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia), Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman (Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi Universiti Malaysia). Antara pengisian program adalah gotong royong memasak diantara anggota PPA Batu Gajah, anggota PERAKfm dan Kelab Sahabat Pendengar PERAKfm, sesi temuramah tahanan Bengkel Spa dan Pastri serta rakaman ucapan Hari Kebangsaan untuk anggota PPA Batu Gajah, lawatan Yang Berbahagia Datin Seri Dr. Nomee Ashikin binti Dato Mohammed Radzi bersama KP Tan Tian Heng (Pengarah Penjara Negeri Perak) ke tapak gotong royong dan PPA (wanita), ceramah ‘Bebaskah Aku’ daripada Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman (Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi Universiti Malaysia).