| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Penyerahan Bendera Kepada Ketua Kontijen Penjara Negeri Pulau Pinang Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62

Pada 28 Ogos 2019 (Rabu) bertempat di Dataran Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang jam 10.00 pagi telah diadakan Majlis Penyerahan Bendera Kepada Ketua Kontijen Penjara Negeri Pulau Pinang Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh TKP Roslan bin Hj. Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang diiringi oleh PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Seberang Perai dan PKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Reman. Kontijen Penjara Negeri Pulau Pinang yang akan menyertai perbarisan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 terdiri daripada Pegawai dan Anggota dengan kekuatan anggota seramai ( 50 ) orang. Aturcara majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia seterusnya Ketua Kontinjen melaporkan kekuatan Kontijen kepada Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, raptai penuh perbarisan, bacaan doa, penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada Ketua Kontijen oleh Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan diakhiri dengan ucapan oleh Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang.