| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Sempena Hari Sukan Peringkat Penghuni Penjara Seberang Perai Tahun 2019

Pada 21 Ogos 2019 ( Rabu ) telah berlangsung Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Sempena Hari Sukan Peringkat Penghuni Penjara Seberang Perai bertempat di Dewan Sukan Penghuni, Penjara Seberang Perai. Seramai 450 orang penghuni lelaki dan wanita terlibat.

Majlis dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, TKP Roslan bin Hj. Mohamed, PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Seberang Perai dan pegawai-pegawai pelbagai pangkat. Majlis turut menampilkan persembahan Aerodance, Kawad Irama dan kawad senyap oleh penghuni lelaki dan wanita. Pelbagai program dan acara sukan telah dilaksanakan. Majlis ini juga turut meraikan Bulan Kemerdekaan.