| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Sambutan Hari Keluarga Divisyen A Dan Divisyen B Institusi Penjara Tapah

Pada 21 September 2019 dan 28 September 2019, institusi Penjara Tapah telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga bagi Divisyen A dan Divisyen B.  Seramai lebih 200 kakitangan dan keluarga setiap divisyen telah hadir dalam menjayakan sambutan hari keluarga yang diadakan di Lubuk Timah Fall Hot Spring, Simpang Pulai, Perak.  Sambutan yang diadakan setiap tahun ini bertujuan untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan mengeratkan ikatan silaturahim dalam kalangan anggota.  Selain itu, sambutan ini juga dapat mewujudkan persefahaman dan memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.  Pengarah Penjara Tapah, TKP Kamarudzaman bin Hj. Mamat turut sama hadir memeriahkan sambutan hari keluarga bagi kedua-dua divisyen ini. Pelbagai acara dipertandingkan dan hadiah menarik  telah disediakan.