| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Realiti Di Sebalik Tirai Besi Anjuran Tourism Malaysia Kementerian Perlancongan Seni Dan Budaya

Realiti Di Sebalik Tirai Besi Anjuran Tourism Malaysia Kementerian Perlancongan  Seni Dan Budaya
Selasa, 01 Oktober 2019 17:10 |  Admin
Pada 25 September 2019, bertempat di Bangunan MoTAC, pihak Tourism Malaysia (TM) salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MoTAC) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia telah menganjurkan program motivasi yang diberi nama ‘Realiti Disebalik Tirai Besi’ dimana kumpulan sasar program adalah untuk kakitangan TM serta agensi dibawah MoTAC.  Pengisian Utama program ini ialah :

Sessi  1  : Perkongsian Pengalaman Oleh PPP Noor Alang Wangsa Bin Muhamad  Nor.
Sessi 2 : Persembahan Teater Muzikal ‘Mesej Dari Penjara : Peluang Ke Dua’ Oleh Kumpulan Seni Kreatif Penghuni Penjara Kajang
Sessi 3   :  Perkongsian Ilmu Oleh Tuan Hj Izzudin Bin Ghazali, Pegawai Psikologi Penjara Kajang
Sessi 4   : Sesi Soal jawab bersama penghuni yang dikendalikan bersama oleh PPP Noor Alang Wangsa dan Tuan Haji Izzudin

Turut hadir bersama dalam program ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha Pelancongan, Seni Dan Budaya, Dato’ Haslina Binti Abd Hamid, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Murad Bin Yusuf, TKP Mat Rashid Bin Jalil (Wakil Ketua Pengarah Penjara Malaysia) Pengarah Bahagian Sumber Manusia Tourism Puan Rafidah Binti Jidin dan PP Zakaria Bin Mat Jusoh(Ketua Seksyen Pemulihan Dan Pendidikan Penjara Kajang) serta melibatkan 308 kakitangan daripada pelbagai agensi dibawah kementerian berkenaan.