| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Perhimpunan Bulanan Penjara Negeri Melaka Bulan September 2019

Pada 19 September 2019 (Khamis), Institusi Sekolah Henry Gurney telah menjadi tuan rumah Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Negeri Melaka bagi bulan September 2019 bertempat di Dewan Parameswara SHG Telok Mas. Majlis disempurnakan oleh YBhg. KP Datuk Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan dihadiri Ketua-ketua institusi Penjara Negeri Melaka. Majlis dimulakan dengan persembahan Okestra oleh Penghuni-penghuni dibawah Projek Prison Strings Ensemble : Rhythm Of Freedom. Antara pengisian majlis perhimpunan bulan ini adalah penyerahan sijil dan pingat Kejohanan Badminton Jabatan Penjara Malaysia kepada Pasukan Lelaki dan Wanita yang telah mengharumkan nama Penjara Negeri Melaka dan Pemakaian Pangkat Sarjan dan Koperal TBBK serta Penyampaian Sumbangan Kebajikan Bencana Kebakaran kepada salah seorang kakitangan Penjara Sungai Udang.