| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Persatuan Membasmi Dadah Negara Brunei Darussalam (Basmida)

Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah menerima lawatan kerja dari Persatuan Membasmi Dadah Negara Brunei Darussalam (BASMIDA) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM). Delegasi Brunei terdiri daripada 6 orang pemimpin tertinggi BASMIDA yang diketuai Datin Hajah Masni Binti Haji Mohd Ali. Lawatan ini bertujuan mendapatkan pengetahuan dan maklumat mengenai program dan aktiviti yang dilaksanakan kepada penghuni remaja di institusi ini. Turut bersama dalam lawatan ini Penguasa Penjara Redzwan Bin Saghil@Yusof, Timbalan Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka.