| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Penutupan Sukan Banduan & Hari Kebudayaan Peringkat Penghuni Penjara Bentong 2019

Khamis, 24 Oktober 2019. Unit Pemulihan Penjara Bentong berjaya melaksanakan Program Penutupan Sukan Banduan Dan Hari Kebudayaan Peringkat Penghuni Penjara Bentong. Antara sukan yang dipertandingkan bola sepak, futsal, bola tampar, carom, pingpong, catur, sepak takraw. Manakala hari kebudayaan pula menganjurkan aktiviti seperti pertandingan karaoke dan persembahan teater muzikal.

Program ini disertai oleh seramai lebih 400 banduan lelaki dan 60 banduan wanita dan 120 tahanan poca. Majlis penutup dirasmikan oleh YH. TKP Dato’ Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong serta dihadiri oleh PP Sulan Bin Bachek, Penguasa Penjara Bentong, TPP Mohamad Hasnor Bin Abd Hamid, Ketua Bahagian Pemulihan Penjara Bentong.

Diharapkan dengan berakhirnya program ini dapat memberi kesan dan kesedaran tentang pentingnya bersukan dalam kehidupan seharian.