| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Perayaan Hari Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2019

Pada 24 Oktober 2019 (Khamis), Seksyen Pemulihan Penjara Kajang (Unit Lain-Lain Agama) telah mengadakan Program Sambutan Perayaaan Hari Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Kajang. Seramai (40) orang banduan akhir terlibat dengan program ini yang diadakan di Blok Abadi dan Bakti manakala (122) orang banduan terlibat di Dewan Harmoni. Program tersebut telah disempurnakan oleh PKK M.Baskaran A/L S.Muthiah dan turut dihadiri oleh PPP Rathakrishnan a/l Kanniah dan IP Tharumanraj a/l Nadaraja. Program ini hasil kerjasama daripada Persatuan Malaysia Hindu Sangam.dan penceramah jemputan. Matlamat program ialah memberi peluang kepada penghuni beragama hindu merasai kemeriahan Deepavali melalui aktiviti dengan ‘NGO’ berkaitan iaitu Persatuan Malaysia Hindu Sangam.