| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Karnival Sukan Sempena Bulan Sukan Negara Peringkat Unit Rawatan Dan Pemulihan Dadah, Penjara Kajang

Pada 21 Oktober 2019 (Isnin), Karnival Sukan Sempena Bulan Sukan Negara telah diadakan bertempat di Unit Rawatan Dan Pemulihan Dadah (RPD), Penjara Kajang. Karnival ini telah dirasmikan oleh TKP Abdul Halim bin Ma Hassan, Pengarah Penjara Kajang. Ianya turut diserikan dengan aktiviti senamrobik, pertandingan Futsal, Sepak Takraw, Sepak Raga Ratus, Dart, Catur, Karom, Dam dan pertandingan Tarik Tali. Seramai 955 penghuni terlibat dalam menjayakan karnival ini. Diharap dengan adanya Karnival Sukan Sempena Bulan Sukan Negara ini dapat memupuk nilai-nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan penghuni melalui penerapan budaya sukan. Karnival sukan ini juga mampu merapatkan hubungan di antara sesama banduan dan kakitangan penjara serta menepati matlamat program.