| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Jelebu Negeri Sembilan Tahun 2019

24 Oktober 2019 (Khamis) - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu selaku penyelaras bersama Pejabat Belia & Sukan Daerah Jelebu telah mengadakan Bulan Sukan Negara (BSN) peringkat Daerah Jelebu bersama agensi kerajaan dan komuniti Daerah Jelebu bertempat di Kolej Komuniti Jelebu. Program ini dimulakan pada jam 7.30 pagi sehingga 12.00 tengahari dengan pelbagai Aktiviti dan Acara. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Bakri bin Haji Sawir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap ADUN Klawang. Seramai 1000 orang telah hadir dan menyertai pelbagai acara sukan yang telah diaturkan seperti Senamrobik, fun run, fitness challenge, bola jaring, tarik tali, pentaque, dan pertandingan mewarna serta pameran pelbagai agensi kerajaan dan pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan.