| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kakitangan Penjara Seremban 2019

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kakitangan Penjara Seremban telah diadakan pada 21.11.2019 (Khamis) bersamaan 24 Rabiul Awal 1441 Hijrah bertempat di Dewan Wawasan, Penjara Seremban. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada kakitangan tentang keutamaan menghayati hari kebesaran Islam dan mengenali dengan lebih dekat sirah Rasulullah SAW serta merapatkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan dan keluarga. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran PKK Abd Rahman bin Taib, Pengarah Penjara Negeri, Negeri Sembilan dan PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban. Pengisian majlis adalah perarakan maulidur rasul, solat Maghrib dan bacaan Yasiin serta tahlil yang dipimpin oleh Unit Agama Penjara Seremban. Manakala tazkirah pula disampaikan oleh Ustaz Tengku Nor Iftah bin Tengku Jamil daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Turut disampaikan juga adalah Tokoh Maulidur Rasul Institusi Penjara Seremban dan sumbangan daripada Badan Khairat Kematian Jabatan Penjara Malaysia kepada keluarga Almarhum SP Ahmad bin Dollah.