| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ziarah Mahabbah Ke Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK)

Ziarah Mahabbah Ke Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) telah diadakan pada hari Rabu, 27 November 2019. Antara pengisian ziarah mahabbah ialah Taklimat Pengenalan JAIPK kepada kakitangan Penjara Taiping, Sesi Pembentangan & Perbincangan Usul Kerjasama antara Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) dengan Unit Agama Penjara Taiping, Perak. Penyampaian Cenderahati disempurnakan oleh IP Rosmainy bin Ramli, Pegawai Urusetia, Penjara Taiping yang mewakili Tuan Pengarah Penjara Taiping. Turut sama dalam program ini ialah Dato’ Haji Mohd Yusop bin Haji Husin, Pengarah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) dan Tuan Haji Harith Fadzilah bin Abdul Halim, Timbalan Pengarah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) dan Pengarah-pengarah Bahagian JAIPK. Ziarah bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.