| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program “JOB COACHING” Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin, Gemas

Pada 19 November 2019, bertempat di Dewan Serbaguna Pusat Reintegrasi Penguni Kem Syed Sirajuddin Gemas,Negeri Sembilan telah diadakan Program “JOB COACHING” oleh Federasi Kebangsaan Pekerjaan Belia Malaysia FKPB dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan Negara (KBS) bagi pelaksanaan Projek Reben Kuning, iaitu projek yang mengilhamkan harapan peluang kedua golongan yang terlibat dengan sistem keadilan. Program ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan maklumat mengenai persiapan ke alam kerjaya dan peluang-peluang perkerjaan bagi kesejahteraan sosial dan ekonomi Orang Diselia. Seramai 50 Orang Diselia dan 10 kakitangan Pusat Reintegrasi Penguni Kem Syed Sirajuddin, Gemas serta 7 delegasi Federasi Kebangsaan Pekerjaan Belia Malaysia (FKPB) terlibat dalam program tersebut. Majlis perasmian penutupan Program disempurnakan oleh Mohd Hazan bin Hj Dahari Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial Kementerian Belia Dan Sukan Negara. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Penolong Kanan Komisioner Abd Rahman Bin Taib Pengarah Penjara Negeri, Negeri Sembilan.