| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kursus Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) Bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Pusat Koreksional Jasin, Melaka

Pada 21 dan 22 November 2019 (Khamis dan Jumaat), bertempat di Dewan Orkid Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah diadakan Kursus Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) Bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia yang dikendalikan oleh Pegawai Bomba Mohd Hanif bin Mustafa bersama (10) anggota dari Bahagian Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Jasin, di mana seramai (20) peserta terdiri daripada (10) Pegawai kanan dan (10) anggota lain-lain pangkat terlibat di dalam kursus tersebut. Antara objektif  kursus adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih mendalam kepada peserta tentang aspek keselamatan kebakaran di dalam bangunan terutama di tempat kerja, selain meningkatkan kemahiran dalam penggunaan  peralatan  kebakaran dalam kalangan peserta bagi menubuhkan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) institusi.

Di akhir kursus, diharap objektif pihak pengurusan untuk melahirkan Pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berilmu dan ‘multipurpose’ serta penubuhan Organisasi Keselamatan Kebakaran institusi akan dapat direalisasikan.