| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1441h / 2019m Peringkat Penghuni Penjara Sungai Petani, Kedah

26 November 2019, Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Sungai Petani telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019M Peringkat Penghuni Penjara Sungai Petani, Kedah. Aturcara majlis dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul, berselawat ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW, Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim, zikir dan selawat oleh penghuni. Seterusnya persembahan  Qasidah oleh Kumpulan Qasidah Ahbabul Jannah, Maahad Tahfiz Intan Sungai Petani, Kedah. Seramai 237 orang banduan sabitan dan reman terlibat dalam majlis tersebut. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran PKP Nazri bin Mohamad, Pengarah Penjara Sungai Petani, PP Abd Zaini bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Petani, Kakitangan Unit Pemulihan dan Rawatan serta Pegawai lain-lain pangkat Penjara Sungai Petani, Kedah.