| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL)

Pada 22 November 2019 (Jumaat), Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL) telah diadakan di Penjara Tapah, Perak. PBSL merupakan salah satu keistimewaan yang diberikan kepada banduan yang layak atas alasan-alasan seperti merapatkan hubungan kekeluargaan, mencari peluang pekerjaan dan perancangan masa hadapan selepas dibebaskan kelak diberikan kepada banduan yang telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 43 Akta Penjara 1995 (Akta 537) dan juga Peraturan 111 Peraturan-Peraturan Penjara 2000. Seramai 2 orang banduan dari institusi ini telah diluluskan untuk mengikuti PBSL selama 7 hari bermula pada 22 November 2019 dan dikehendaki balik semula ke Penjara Tapah pada 28 November 2019 dan akan kembali menjalani tempoh hukuman selepas tempoh tersebut. Pelepasan ini dilaksanakan oleh PKP Kamarulzaman bin Ismail, Timbalan Pengarah Penjara Tapah. Turut hadir ahli keluarga bagi menerima dan menyambut pelepasan sementara ini.