| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Institusi Pusat Koreksional Tahun 1441H/2019M

Pada 13 November 2019 (Rabu) bersamaan 16 Rabiul Awal 1441H, Jawatankuasa Surau As-Syakirin Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Program Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Institusi Pusat Koreksional Kamunting bagi tahun 1441H/2019M. Lebih kurang (500) tetamu yang hadir bersama seramai (200) orang pelatih Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping (PLPP) terlibat dengan program ini yang diadakan di Dataran Surau. Aturcara program bermula dengan Solat Maghrib berjemaah, jamuan makan, solat Isyak berjemaah dan seterusnya selawat daripada kumpulan kakitangan institusi. Program diteruskan lagi dengan ceramah ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haslin bin Baharim (Ustaz Bollywood). Program diserikan dengan kehadiran Pengarah iaitu PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali, Wakil Ketua-Ketua Institusi, Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Encik Mohammed Akmal bin Dahalan, Jawatankuasa Masjid Jamek Batu 4 ½ Kampung Pasir, Ketua-ketua Jabatan sekitar Taiping, serta Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).