| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena 1441 H /2019

Pada 19 November 2019 (Selasa) bersamaan 22 Rabiulawwal 1441 H, lazimnya pada setiap tahun, Unit Pemulihan bersama Unit Agama telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat penghuni Penjara Pokok Sena bertempat di Surau Al-Munir. Aturcara majlis dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul, berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, persembahan nasyid dan ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazrul Bin Nasir, Penceramah Bebas. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran PP Rosli Bin Abd Razak, Ketua Unit Pemulihan.