| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Dialog Bulanan (Disember 2019) Pusat Koreksional Puncak Alam

17 Disember 2019 ( Selasa ) ? Dialog Bulanan bagi bulan Disember telah berlangsung di perkarangan Logistik Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) .Pihak PKPA juga menjemput Pengusaha TASKA PKPA untuk memberi sedikit taklimat dan penerangan mengenai TASKA yang akan dibuka. Ucapan PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor Pengarah PKPA memberi taklimat mengenai Perintah Tetap KJP Bil.E302(Pindaan Tahun 2019) tatacara pengiringan dan kawalan banduan. Disamping itu Pengarah mengariskan disiplin kakitangan sebagai perkara utama agar anggota dan kakitangan lebih mematuhi arahan dan peraturan Penjara.Kemuncak majlis ialah penyampaian Sijil Tokoh Bulanan bagi bulan Julai 2019 Encik Ahmad Ariff Affendi Bin Hamzah,Bulan Ogos 2019 pula WP 22580 Muhammad Shameen Bin Shamsuddin,Bagi bulan September 2019 IP Surentharan A/L Aranajalom,bagi bulan Oktober 2019 WP 22483 Nurul Aimaan Bin Hassan dan mengakhiri senarai Encik Amry Bin Minggo. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Kemahiran Menembak PKPA Tempat Ketiga dimenangi oleh IP Shahril Bin Mohd Noor, Bagi Tempat Kedua dimenangi oleh IP Surentharan A/L Aranajalom, dan Johan keseluruhan dimenangi oleh KIP Faizul Bin Salji Kemudian majlis penyampaian Sijil EKSA diterima oleh Encik Loqman Bin Yusop. Seterusnya acara pemotongan kek bagi anggota dan kakitangan yang lahir pada bulan Oktober, November dan Disember.