| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Krismas Dan Pra Krismas Peringkat Penghuni Penjara Limbang Tahun 2019

Pada 18 Disember 2019 (Rabu), Unit Pemulihan dan Rawatan telah mengadakan Majlis Jalinan Kasih dan Pra Krismas Peringkat Penghuni Penjara Limbang yang dirasmikan YDH PKP Jaafar Bin Timbang, Pengarah Penjara Limbang. Program ini turut dihadiri oleh Encik Prem Kumar iaitu Pengerusi Prison Fellowship Malaysia bersama (8) orang ahli Prison Fellowship Daerah Limbang. Sesi perjumpaan Jalinan Kasih ini telah melibatkan seramai (5) penghuni dan seramai 23 orang ahli keluarga yang hadir. Antara pengisian majlis ialah persembahan Lagu Krismas daripada penghuni serta sesi penyampaian sumbangan daripada Prison Fellowship yang berbentuk keperluan asas kepada wakil penghuni. Program telah bermula pada jam 08.30 pagi dan selesai pada jam 11.00 pagi.