| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Sambil Belajar Kakitangan Wanita Penjara Pokok Sena Ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka

Pada 10 Disember 2019 (Selasa), 18 orang kakitangan wanita Penjara Pokok Sena diketuai PPP Zuraini telah membuat lawatan sambil belajar ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah disambut oleh TPP Yusni Bin Habillulah. Tujuan lawatan ini ialah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem tahanan juvana di Sekolah Henry Gurney. Pengisian lawatan ialah dengan memberi taklimat pengenalan mengenai Sekolah Henry Gurney dan seterusnya melawat ke Dewan Pancaragam serta Rumah Tun Teja yang menempatkan penghuni wanita di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka.