| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Derma Khairat Kebajikan

   

1. Nama : Derma Khairat Kebajikan Jabatan Penjara Malaysia
2. Alamat Berdaftar Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bukit Wira, 43000 Kajang, SELANGOR.
3. No. Pendaftaran : 13678-V
4. Tarikh didaftarkan : 22hb. Februari, 1973
5. Objektif Membantu ahli-ahli perkumpulan/waris secara khairat dan tenaga apabila berlaku kematian
6. Keahlian  
  a. Ahli    
  Setiap pegawai yang bertugas di Jabatan Penjara Malaysia adalah layak untuk memohon menjadi ahli Derma Khairat Kebajikan Jabatan Penjara Malaysia, dengan bayaran pendaftaran RM5.00 (RM Lima sahaja). Jika pegawai berkenaan berumur melebihi 50 tahun, surat pengesahan kesihatan dari doktor hendaklah disertakan
  b. Ahli Tetap  
 

Setiap ahli Derma Khairat Kebajikan boleh memohon menjadi ahli tetap apabila hendak bersara atau bersara pilihan atau berpindah ke jabatan lain dengan membayar sejumlah wang yang ditetapkan mengikut tempoh menjadi ahli:

TEMPOH MENJADI AHLI PERSARAAN YURAN
30 tahun Bersara wajib RM 100.00
25 tahun Bersara wajib RM 200.00
15 tahun Bersara wajib RM 300.00
15 tahun

Bersara pilihan /bertukar ke jabatan lain

RM 300.00
15 tahun

Ahli tidak memohon menjadi Ahli Tetap semasa bersara.Kemudian, boleh memohon menjadi Ahli Tetap, dalam tempoh tidak melebihi 1 tahun selepas bersara.

RM 500.00

**Nota 
Makluman kepada semua Ahli Tetap- Pihak tuan/ puan diminta melapurkan diri kepada Pegawai Perhubungan institusi penjara yang terhampir dengan tempat tinggal tuan/ puan selepas bersara supaya memudahkan urusan dikemudian hari dengan membekalkan alamat terkini dan nombor telefon untuk dihubungi.

  c. Penamatan Keahlian  
 

Mana-mana ahli Derma Khairat Kebajikan akan hilang keahlian jika ia meletak jawatan, bersara, dibuang kerja atau ditukarkan daripada perkhidmatan Jabatan Penjara Malaysia, kecuali jika mereka ingin kekal menjadi ahli tetap, adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan ahli seperti di atas.


Setelah mana-mana ahli hilang keahlian atas apa-apa sebab pun, maka mereka adalah terlucut haknya terhadap segala faedah dan/atau tuntutannya atau terhadap keistemewaan keahlian Derma Khairat Kematian ini atau terhadap harta Derma Khairat Kematian ini dan ia hendaklah berhenti mengakui bahawa ia masih lagi menjadi ahli dengan apa jua pun caranya samada secara bertulis mahupun secara lisan.

7. Kutipan  
 

Kutipan secara tetap melalui pemotongan gaji oleh Biro Perkhidmatan Angkasa sebanyak RM 7.00 bagi setiap ahli akan dilaksanakan mulai bulan Jun 2016.

8. Bayaran Kepada Ahli
 

a.      Ahli - RM 10,000.00
b.      Ahli Tetap - RM 6,000.00
c.      Pasangan (suami/ isteri) - RM 3,000.00
d.      Anak - RM 2,000.00 (anak yang berumur 21 tahun ke bawah sahaja,   termasuk anak angkat berdaftar)

   
9. Penamaan Dan Orang Yang Dinamakan
 
  • Isteri atau isteri-isteri, suami (jika ahli seorang wanita)
 
  • Anak-anak termasuk anak angkat yang didaftarkan
 
  • Cucu
 
  • Ibu, bapa, datuk, nenek
 
  • Adik perempuan/lelaki, abang/kakak yang seibu dan sebapa
 
  • Adik perempuan/lelaki, abang/kakak yang seibu atau sebapa
 
  • Anak-anak adik perempuan/lelaki, abang/kakak yang seibu dan sebapa atau yang seibu atau sebapa
 
  • Bapa dan ibu saudara seibu dan sebapa atau seibu atau sebapa
 
  • Anak-anak bapa dan ibu saudara seibu dan sebapa atau seibu atau sebapa
 
  • Menantu lelaki dan perempuan
 
  • Mana-mana orang lain yang dinamakan dengan sempurna dan mengikut peraturan oleh ahli di hadapan dan disaksikan serta ditandatangani oleh Jaksa Pendamai atau Majistret
10. Bayaran Penamaan
 

Ahli boleh dengan cara bertulis membatalkan atau mengubah penamaannya dengan syarat pembatalan atau perubahan telah didaftarkan semasa hayatnya dalam Derma Khairat Kematian ini. Tiada bayaran yang dikenakan bagi tiap-tiap pendaftaran bagi pembatalan dan/atau perubahan

11. Bukti Kematian
 

Pembayaran faedah kematian kepada orang yang dinamakan oleh ahli tidak boleh dibuat kecuali setelah mengeluarkan perakuan mati yang asal yang dikeluarkan oleh seorang Pendaftar atau Pendaftar Kematian, dan bagi ahli yang mati di luar Malaysia, perakuan mati yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan di tempat ahli itu mati.

12. Alamat Surat-Menyurat
 

Setiausaha
Derma Khairat Kebajikan

Jabatan Penjara Malaysia IPPM,
Bukit Wira
43000 Kajang Selangor

Tel : 03-87328365
Fax : 03-87374194
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

13. Lembaga Pengarah Derma Khairat Kebajikan
  Pengerusi Tn. Abd Kadir bin Rais
  Setiausaha Tn. Ahmad Shokri bin Mat Sarip
  Bendahari Tn. Farit bin Salleh
  Ahli Lembaga Pengarah Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman
   

Tn. Ku Nawawi bin Ku Hamid

   

Tn. Mohd Muslih bin Mahmud

   

Tn. Aminon bin Adnan

   

Tn. Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar

   

Pn. Norneelah binti Shukor

   

Tn. Mohamad Solehhuddin bin Shuid