| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kadet Koreksional, Jabatan Penjara Malaysia

1. LATAR BELAKANG PENUBUHAN

    • Idea penubuhannya oleh Y. Bhg. Datuk Ketua Pengarah Penjara Malaysia pada April 2004, bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar sekolah menengah di tingkatan 1 hingga 5, tentang peranan dan fungsi Jabatan Penjara Malaysia dalam mengurus dan memulih para pesalah yang melanggar undang-undang negara supaya mereka dapat dibentuk menjadi individu yang berdisiplin dari segi mental dan fizikal sebagai persediaan menjadi pemimpin masa hadapan.
    • Sesi Perbincangan dan taklimat telah diadakan dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun yang sama. Ia merupakan sebahagian daripada kegiatan kokurikulum sekolah menengah sebagaimana ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961. Ini bertepatan dengan keperluan Kementerian Pendidikan yang berkehendakkan semua pelajar sekolah menjadi ahli badan beruniform. Ia juga sebagai persediaan kepada pelajar sekolah dari segi mental dan fizikal yang akan menjalani Program Latihan Khidmat Negara.
    • Mendapat kelulusan daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri pada Jun 2004. Pelajar-Pelajar Asrama Kasih, Yayasan Basmi Kemiskinan, Serendah, Selangor merupakan kumpulan pertama (pioneer group) yang telah menubuhkan pasukan Kadet Koreksional dengan pembabitan seramai 49 pelajar. Upacara pelancaran Kadet Koreksional telah disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Chia Kwang Chye, bekas Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 11 Oktober, 2004 bersempena Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia. YB. Timbalan Menteri KKDN mengarahkan penubuhan kadet ini diperluaskan di semua sekolah menengah dengan misi sekurang-kurangnya satu negeri satu sekolah.

 

2. MATLAMAT PENUBUHAN

Matlamat penubuhan Kadet Koreksional adalah untuk membentuk masyarakat khususnya para remaja melalui pelbagai aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan disiplin dan sahsiah diri, membina semangat kerjasama dan patriotisme di samping memberi pendedahan dan kefahaman mengenai tanggungjawab dalam membimbing rakan sebaya bagi menghindari gejala-gejala sosial di kalangan remaja.

 

3. OBJEKTIF

  1. Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang dalam usaha mengatasi masalah ponteng sekolah, gangsterisme, merokok, buli, salah laku dan sebagainya di kalangan pelajar.
  2. Melahirkan insan mulia yang dapat menjadi pembimbing kepada rakan sebaya lain yang sedang menghadapi masalah.
  3. Menyemai semangat kerjasama dan kekitaan di kalangan pelajar bagi melahirkan insan yang saling bantu membantu dan bersatu padu dalam setiap bidang yang diceburi.
  4. Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.
  5. Melahirkan insan yang mantap dari segi jasmani, ejosi, rohani, disiplin dan intelek bagi menjadi pemimpin generasi akan datang.
  6. Membangunkan kemahiran dalam bidang kaunseling.
  7. Membangunkan kemahiran mempengaruhi rakan sebaya supaya tidak melakukan kegiatan yang tidak sihat.
  8. Mengadakan aktiviti yang dapat menanamkan sifat berhati-hati dalam menangani sebarang perilaku jenayah seperti rogol dan sebagainya

 

4. KEAHLIAN DAN SYARAT KELAYAKAN

  1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah.
  2. Terbuka kepada semua pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan.
  3. Anggota-anggota daripada Pasukan-Pasukan Kadet Tentera, Kadet Polis, Kadet Bomba, St. John Ambulans dan unit-unit beruniform yang lain tidak dibenarkan menjadi anggota Kadet Koreksional.
  4. Setiap pemohon hendaklah memiliki tubuh badan yang sihat dan diperakukan oleh Pegawai Perubatan.
  5. Setiap permohonan hendaklah diperakukan dan disokong oleh Pengetua Sekolah.

 

5. FALSAFAH LATIHAN KADET KOREKSIONAL

Ke arah membangunkan keupayaan pelajar-pelajar dalam semua peringkat menengah dengan menyalurkan ilmu pengetahuan yang sesuai, kemahiran dan sikap yang positif agar mereka dapat bersaing di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan nilai serta sikap positif ke atas diri mereka, tugasan dan organisasi sekolah menerusi pendekatan latihan yang komprehensif dengan pembentukan fisikal, mental dan pembangunan kerohanian individu berdasarkan program latihan yang terancang, sistematik dan berterusan.

 

6. KURIKULUM LATIHAN / AKTIVITI

  1. Pembentukan Disiplin Diri- Aspek ini akan diberikan keutamaan termasuk tatacara berpakaian dan kelakuan.
  2. Penerapan Nilai-Nilai Murni Dan Budi Bahasa- Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menyemaikan nilai-nilai murni dan budi bahasa di kalangan anggota masyarakat.
  3. Pengetahuan Asas Kepenjaraan- Perkara berkaitan dengan pengetahuan am kepenjaraan meliputi undang-undang/peraturan penjara, lawatan ke institusi penjara dan sebagainya.
  4. Kemahiran Kaunseling- Semua ahli kadet akan diterapkan dengan kemahiran kaunseling dan kemahiran inter-personal bagi membolehkan mereka menjadi pebimbing rakan sebaya yang berkesan.
  5. Ketahanan Diri- Latihan ini akan dijalankan dalam bentuk aktiviti kawat, seni mempertahankan diri (SENTAP), ikhtiar hidup, kembara, berbasikal, merentas halangan dan sebagainya yang boleh dilaksanakan semasa aktiviti kokurikulum dan perkhemahan tahunan.
  6. Kepimpinan- Semua ahli kadet akan dilatih dalam aspek kepimpinan, pengurusan platun dan motivasi agar mereka memiliki daya ketahahan yang tinggi.
  7. Khidmat Masyarakat- Aktiviti-aktiviti ini akan dijalankan bertujuan mewujudkan masyarakat penyayang seperti lawatan ke rumah-rumah kebajikan dan melakukan kerja-kerja amal di kalangan masyarakat.
  8. Kreativiti- Anggota Kadet Koreksional akan didedah dan digalakkan memupuk minat terhadap hobi masing-masing melalui projek-projek seperti mengumpul setem, menyediakan model-model, cara-cara memasak, hiasan lanskap dan sebagainya.

 

7. PENERAPAN KONSEP ASK

Melalui aktiviti Kadet Koreksional, Jabatan Penjara Malaysia akan menerapkan konsep ASK (Attitude, Skills and Knowledge) atau pembentukan sikap terpuji, kemahiran dan pengetahuan kepada para pelajar sekolah yang akan diterapkan melalui modul latihan yang dirancang. Dengan ini adalah diharapkan pelajar-pelajar yang telah menamatkan alam persekolahan akan meneruskan konsep ini apabila mereka mula melangkah ke alam pekerjaan yang secara tidak langsung akan menjadikan mereka warga negara yang berkualiti dan progresif terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

 

8. JURULATIH DAN TENAGA PENGAJAR

Jurulatih dan tenaga pengajar akan dipilih di kalangan pegawai dan jurulatih yang berpengalaman dan memiliki prestasi kerja yang baik di kalangan anggota dalam Jabatan Penjara Malaysia. Jabatan Penjara Malaysia mempunyai pegawai-pegawai yang berpengalaman luas dalam bidang latihan. Tenaga Pengajar yang terpilih termasuk pegawai-pegawai kanan daripada pusat-pusat latihan penjara dan juga daripada institusi penjara yang berhampiran dengan lokasi sekolah. Tenaga pengajar ini akan dipilih dan diberi penerangan bagi memastikan mereka peka dan sedar akan keperluan pelajar-pelajar sekolah dan Jabatan Pendidikan dari semasa ke semasa.

 

9. PERANAN DAN BIDANG TUGAS AHLI KADET

  1. Pembimbing kepada rakan-rakan melalui program-program kaunseling dan nasihat.
  2. Kawalan orang ramai semasa sukan atau majlis keramaian sekolah.
  3. Bantuan bagi mengekalkan disiplin dan tatatertib sekolah.
  4. Bantuan kepada anggota penjara yang bertugas di sekolah dalam aktiviti-aktiviti tertentu.
  5. Memberikan maklumat kepada pihak pentadbiran sekolah jika terdapat atau mengetahui sebarang kegiatan salah laku oleh mana-mana pihak dalam kawasan sekolah.
  6. Mengambil bahagian dalam aktiviti perkhemahan, perhimpuan, perbarisan dan pertunjukan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

 

10. FAEDAH YANG DIPEROLEHI 

i) Jabatan Pendidikan dan Pelajar

    • Memberikan latihan bagi memenuhi keperluan Kadet Koreksional dengan menggunakan latihan bersistematik yang direka khas untuk Jabatan Pendidikan.
    • Mendekatkan masyarakat dengan Jabatan Penjara Malaysia melalui pembelajaran/pendedahan tentang tugas dan peranan Jabatan Penjara Malaysia dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
    • Menawarkan program yang direka khas untuk para pelajar sekolah menengah sebagai persediaan kepada mereka yang akan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara.
    • Jabatan Penjara Malaysia akan mengiktirafan program latihan ini dan sijil akan dikeluarkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan.
    • Para pelajar berpeluang mempelajari dasar dan sistem yang dipraktikkan di dalam penjara.
    • Kepakaran staf dan bahan-bahan program yang disediakan oleh Jabatan Penjara menepati amalan latihan oleh badan-badan beruniform yang lain yang terdapat di peringkat nasional.
    • Perkembangan dalam hubungan di antara Jabatan Penjara Malaysia dengan Jabatan Pendidikan.
    • Memberikan peluang kerjaya kepada para pelajar yang berminat untuk menyertai Jabatan Penjara Malaysia sebagai anggota selepas alam persekolahan.

 

ii) Jabatan Penjara Malaysia

  • Meningkatkan status/imej Jabatan.
  • Memperkembangkan kemahiran tenaga pengajar/jurulatih jabatan dengan peluang menyampaikan pengetahuan serta kemahiran kepada para pelajar sekolah.
  • Memberikan peluang untuk mengadakan kerjasama yang lebih luas dan memperkembangkanpeluang-peluang latihan.

 

Pelajar kadet di dedahkan dengan Teknik Asas Seni Tangkas Penjara

'SENTAP' bagi merangsang, membentuk jati diri dan keyakinan diri.

 

Jurulatih Unit Latihan memberikan tunjuk ajar Latihan kawat kaki

 

Pemeriksaan pakaian dan aksessori Pasukan yang bertanding sempena

Minggu KOKU ataupun Minggu Kokurikulum SMK Kamunting.