| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Piagam Pelanggan

Sesungguhnya kami warga Jabatan Penjara Malaysia sebagai sebuah organisasi koreksional akan sentiasa komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada pelanggan. Kami juga dengan penuh tekad dan iltizam berikrar akan melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan:

Menyediakan jentera dan sistem pentadbiran koreksional yang terancang, bersepadu, dinamik, cekap dan profesional berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan mengikut keutamaan dan keperluan semasa.
Menjamin setiap penghuni yang menjalani hukuman dibebaskan pada tarikh yang ditetapkan.
Memastikan setiap penghuni berada dalam jagaan selamat sepanjang tempoh penahanan.
Memberi layanan yang adil, saksama dan berperikemanusiaan kepada semua penghuni berdasarkan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
Menyediakan program pemulihan yang bersepadu kepada semua penghuni berdasarkan Pelan Pembangunan Insan, Jabatan Penjara Malaysia.
Menyediakan staf yang berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
Memastikan setiap aduan diberi maklumbalas kepada pengadu dalam masa 7 hari bekerja.


Arkib Prestasi Piagam Pelanggan
Jun - Ogos 2016
Januari - Mei 2016
Jan-Dis 2015
Jan-Dis 2014
Jan-Dis 2013