| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bahagian Agama Dan Kaunseling



Pengarah
TKP Zaidi Bin Hamid

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Bahagian Agama dan Kaunseling ditubuhkan melalui waran perjawatan yang diluluskan pada 15 Februari 2018 bagi memberikan perkhidmatan kepada kakitangan dan penghuni di Jabatan Penjara Malaysia. Terdahulu Unit Psikologi dan Unit Agama di Jabatan Penjara Malaysia berada di bawah pentadbiran Bahagian Pengurusan Banduan. Ketika itu, perkhidmatan hanya tertumpu kepada penghuni penjara.

Walau bagaimanapun menyedari kepentingan perkhidmatan psikologi dan pengurusan keagamaan perlu diperluaskan kepada kakitangan, Jabatan Penjara Malaysia telah mengambil inisiatif memperkembangkan fungsi kedua-dua perkhidmatan tersebut melalui pewujudan Bahagian Agama dan Kaunseling.

 

OBJEKTIF

  • Mewujudkan dasar, punca kuasa dan program kerohanian serta intervensi bagi keperluan kakitangan dan banduan/ tahanan/ penghuni di Jabatan Penjara Malaysia.
  • Menyediakan perkhidmatan kepada kakitangan dan banduan/ tahanan/ penghuni yang berkeperluan dari perspektif kerohanian dan psikologikal.
  • Memantau perlaksanaan program dan aktiviti kerohanian dan (Islam dan Bukan Islam) psikologi kaunseling diperingkat Institusi penjara.
  • Melahir Pegawai Hal Ehwal Islam, Pembantu Guru Agama dan Pegawai Psikologi di Jabatan Penjara Malaysia yang kompeten dalam bidang kepenjaraan.
  • Menjadi penghubung kepada agensi dan NGO yang berhubungan dalam keperluan kerohanian dan psikologikal bagi kakitangan serta banduan/ tahanan/ penghuni.
  • Menjadi pusat rujukan bagi hal berkaitan hal ehwal keagamaan dan psikologikal oleh bahagian atau agensi lain dari perspektif kepenjaraan.

Terdapat 2 seksyen di bawah Bahagian ini yang menjalankan aktiviti seperti berikut:

Seksyen Psikologi Kaunseling 

  • Menyelaras dan memantau perkhidmatan Psikologi Kaunseling jabatan.
  • Merancang meningkatkan kualiti perkhidmatan Psikologi Kaunseling jabatan.
  • Merancang program pembangunan untuk warga jabatan.
  • Merancang program pembangunan, pencegahan dan pemulihan untuk penghuni / banduan / tahanan di institusi jabatan.
  • Merancang dan menyediakan garis panduan dan promosi berkaitan perkhidmatan Psikologi Kaunseling dalam jabatan.
  • Merancang dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk Seksyen Psikologi Kaunseling.

Seksyen Hal Ehwal Agama

  • Merangka dan menganalisis keperluan pendidikan dan latihan keagamaan kepada kakitangan dan penghuni Jabatan Penjara.
  • Membantu meneliti dan menambah nilai hal – hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran agama Islam untuk kakitangan,banduan, tahanan dan penghuni
  • Memberi khidmat nasihat dan menambah nilai program – program keagamaan yang lebih efektif bagi memacu pengimarahan masjid dan surau kakitangan serta penghuni.
  • Membangun dan memantau perlaksanaan modul – modul bersesuaian untuk keperluan kakitangan dan penghuni berkaitan agama Islam
  • Merancang dan menyediakan kursus/bengkel/forum berkaitan dengan program – program latihan kerohanian dan pendidikan untuk kakitangan dan penghuni.
  • Menjalinkan kerjasama antara agensi – agensi agama peringkat pusat dan negeri berhubung aktiviti agama Islam kakitangan dan penghuni.
  • Naziran program latihan kerohanian untuk kakitangan dan penghuni yang dilaksanakan oleh Institusi.
  • Membantu membangunkan dan menilai modul – modul yang dibangunkan untuk melihat kesesuaian dengan keperluan kakitangan, banduan, tahnaan dan penghuni.
  • Memantau pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh Institusi Penjara kepada kakitangan dan penghuni .
  • Memudahcara, menyemak dan menyelaras aktiviti dan program lain – lain agama di institusi.