Matomo

Dasar Kepenjaraan

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bahagian Dasar Kepenjaraan


KP MOHAMAD ROSIDEK BIN MUSA

Bahagian Dasar Kepenjaraan berperanan membuat kajian dan mengemukakan cadangan ke atas dasar-dasar/isu-isu/program-program yang mempunyai impak kepada pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan koreksional secara keseluruhan. Teknik-teknik pengurusan yang bersesuaian dan berkenaan akan digunakan dalam proses penelitian dan pengkajian ke atas dasar-dasar/isu-isu/program-program tersebut.


Objektif
● Merancang, menggubal, menyelaras dan memantau serta mengawasi pelaksanaan dasar-dasar yang strategik berpandukan matlamat program atau aktiviti jabatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
● Mengetuai, membangun dan menilai Program serta Dasar Kepenjaraan dan Penilaian Residivis yang memberi fokus kepada core business baru Jabatan Penjara.
● Bertindak sebagai ‘Think Tank’ dan ‘Strategic Integrator’ bagi memastikan dasar/program/projek dirancang dan digubal secara bersepadu dan berkesan untuk dilaksanakan oleh institusi koreksional seluruh Negara.
● Memastikan pelaksanaan program koreksional di institusi penjara adalah selaras dengan keperluan semasa dan dilaksanakan selari dengan dasar yang telah dirancang dan digubal.
Bahagian Dasar Kepenjaraan mempunyai 2 sub Seksyen iaitu Seksyen Dasar dan Seksyen Penilaian Residivis.


Fungsi Seksyen Dasar
Seksyen Dasar terdiri daripada dua Sub Seksyen utama iaitu Sub Seksyen Dasar dan Sub Seksyen Tadbir Urus. Antara fungsi utama Seksyen Dasar adalah menyelaras segala urusan berkaitan Parlimen dan hubungan luar termasuk pengurusan aduan awam serta lawatan rasmi. Seksyen ini juga bertanggungjawab mengurus hal ehwal dasar strategik yang meliputi penyediaan dan penyelarasan Memorandum Persefahaman (MoU) serta Memorandum Perjanjian (MoA), penyediaan dan semakan Perintah Tetap KJP, perancangan strategik Jabatan, pengurusan perolehan berkaitan penjara satelit dan kluster dadah, serta pemantauan pelaksanaan inisiatif pembangunan Jabatan.


Selain itu, melalui Sub Seksyen Tadbir Urus, Seksyen Dasar turut melaksanakan tanggungjawab pentadbiran dan pengurusan sumber manusia merangkumi pengendalian mesyuarat utama, pengurusan surat-menyurat, rekod latihan, kebajikan, cuti, perjalanan rasmi dan urusan perolehan. Fungsi ini turut diperluas dengan penyelarasan belanjawan Jabatan melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM), Outcome Based Budget (OBB) dan Perancangan Perolehan Tahunan (PPT). Di samping itu, Seksyen Dasar juga berfungsi memberi nasihat serta menyelaras urusan protokol, penganugerahan pingat, majlis rasmi dan istiadat yang melibatkan Jabatan Penjara Malaysia.


Fungsi Seksyen Penilaian Residivis
Seksyen Penilaian Residivis terdiri daripada dua Sub Seksyen utama iaitu Sub Seksyen Perancangan Strategik dan Sub Seksyen Pematuhan Standard. Melalui Sub Seksyen Perancangan Strategik, fungsi utama merangkumi penyediaan hala tuju jabatan melalui Pelan Induk dan Perancangan Strategik, penetapan serta pemantauan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang meliputi KPI Sustainable Development Goals (SDG), MyKPI (Tier), KPI Strategik KDN dan Jabatan, KPI Fokus, KPI OBB serta KPI di peringkat Bahagian, PPN dan Institusi. Sub seksyen ini juga berperanan memantau, menganalisis dan melaporkan pencapaian statistik residivis serta statistik jabatan, sama ada digital mahupun fizikal, kepada Pengurusan Tertinggi, Kementerian dan Parlimen. Di samping itu, fungsi lain meliputi penyelarasan kajian, dokumentasi rasmi Jabatan, penerbitan laporan, pengurusan permohonan latihan industri bersama IPTA/IPTS serta penyelarasan pameran dan ceramah dengan agensi luar.


Sementara itu, Sub Seksyen Pematuhan Standard berfungsi memantau dan menyelaras pelaksanaan ISO, program inovasi, anugerah kualiti, agenda Prison Reform dan Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) di peringkat Jabatan. Ia turut mengurus pelaksanaan Demerit Evaluation Programme (DEEP), menyelaras latihan kakitangan, serta melaksanakan program hebahan awam termasuk di Muzium Penjara. Melalui Unit Komunikasi Korporat, Sub Seksyen ini juga berperanan memperkukuh imej Jabatan dengan melaksanakan promosi strategik melalui media massa dan media sosial, penyediaan teks ucapan, laporan kepuasan pelanggan, khidmat jurugambar dan video, serta perancangan dan penyelarasan Program Pride TV.

1. SUB SEKSYEN DASAR

UNIT PARLIMEN & PERHUBUNGAN LUAR

· Menyelaras penyediaan ulasan, maklum balas, dokumentasi, laporan, rumusan dan pembentangan berkenaan persidangan Parlimen.
· Menyelaras dan menyediakan laporan serta rumusan persidangan Parlimen.
· Menyelaras dan menyediakan laporan serta rumusan persidangan Parlimen.
· Mengurus aduan awam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).
· Menyelaras urusan lawatan agensi ke institusi penjara.

UNIT DASAR STRATEGIK

· Menyelaras Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA).
· Menyediakan, menyemak dan menyelaras Perintah Tetap KJP termasuk pindaan PTKJP
· Menyelaras minit ceraian bagi mendapatkan ulasan dan kelulusan Pengurusan Tertinggi.
· Menyelaras Permohonan Rancangan Malaysia berdasarkan Perancangan Strategik Jabatan
· Mengurus permohonan perolehan baharu Kem PLKN yang melibatkan Penjara Satelit dan Kluster Dadah.
· Menyelaras dan memantau proses Head to Toe Jabatan Penjara.


2. SUB SEKSYEN TADBIR URUS

UNIT PENTADBIRAN & KEURUSETIAAN

· Merancang dan mengendalikan Mesyuarat Utama Jabatan.
· Merancang dan mengendalikan Mesyuarat Utama Jabatan.
· Menguruskan rekod program latihan kakitangan.
· Mengurus urusan surat menyurat, dokumen dan pengurusan fail.
· Mengurus kebajikan kakitangan.
· Menyediakan dan menyelaras permohonan Anggaran Belanja Mengurus (ABM), Outcome Based Budget (OBB), Perancangan Perolehan Tahunan (PPT) bahagian.
· Menguruskan urusan Pentadbiran dan memantau cuti kakitangan dalam HRMIS.
· Menyediakan permohonan pembelian melalui Sistem e-Perolehan.
· Membuat tempahan tiket penerbangan (waran udara) kakitangan.
· Menyediakan maklum balas minit mesyuarat dan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh KJP dan Pengarah Kanan BDK.

UNIT PROTOKOL & ISTIADAT

· Memberi nasihat tentang urusan protokol Majlis Jabatan.
· Menyelaras dan mengurus permohonan pingat-pingat Persekutuan, Negeri dan Jabatan.
· Menyemak dan menyelaras urusan protokol dalam semua program yang dihadiri oleh KJP.
· Mengurus dan menyelaras perhimpunan, Majlis Rasmi dan aktiviti Jabatan.
· Mengurus dan membuat perancangan untuk majlis-majlis luar.


(B) SEKSYEN PENILAIAN RESIDIVIS

1. SUB SEKSYEN PERANCANGAN STRATEGIK

UNIT PENILAIAN RESIDIVIS & STATISTIK

· Merangka dan menyediakan Perancangan Hala Tuju Jabatan melalui Pelan Induk dan Perancangan Strategik.
· Merangka/menetap/memantau Petunjuk Prestasi Utama (KPI): KPI Sustainable Development Goals (SDG), MyKPI (Tier), KPI Perancangan Strategik KDN dan Jabatan, KPI Fokus, KPI OBB, KPI Bahagian/ PPN/ Institusi.
· Memantau, menganalisis serta menyediakan data, langkah-langkah dan menyelaras penambahbaikan bagi penetapan pencapaian statistik residivis serta statistik data digital dan fizikal jabatan seterusnya melaporkan ke Pengurusan Tertinggi & Kementerian.
· Menyelaras, menilai dan memantau menilai maklumat statistik jabatan untuk disalurkan kepada pengurusan tertinggi jabatan dan pihak berkepentingan.
· Menyedia serta menyalurkan maklumat statistik dan perancangan Jabatan kepada Parlimen/ Kementerian/ Agensi.

UNIT PENYELIDIKAN, DOKUMENTASI DAN PAMERAN

· Menyelaras pelaksanaan dan hasil dapatan kajian diperingkat Jabatan atau bersama agensi luar bagi tujuan penambahbaikan.
· Menerbit bahan bagi tujuan pelaporan rasmi Jabatan (secara digital atau fizikal).
· Menyemak, menyokong, menyelaras permohonan Latihan Industri oleh Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta.
· Menyelaras kajian yang dilaksanakan diperingkat Jabatan dan agensi luar.
· Menyelaras program pameran dan ceramah dengan agensi luar.

2. SUB SEKSYEN PEMATUHAN STANDARD
UNIT PEMATUHAN DASAR, KUALITI DAN INOVASI

· Memantau dan menyelaras pelaksanaan ISO, Program Inovasi dan Anugerah Kualiti diperingkat Jabatan.
· Menyelaras dan memantau prestasi pelaksanaan agenda Prison Reform dan Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) diperingkat Jabatan.
· Menyelaras dan memantau pelaksanaan Demerit Evaluation Programme (DEEP) diperingkat Jabatan.
· Menyelaras keperluan kursus/ program latihan kakitangan di Bahagian.
· Menyelaras dan memantau perlaksanaan program hebahan awam di muzium penjara serta lokasi-lokasi lain yang telah ditetapkan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
· Mempromosi jabatan, program dan aktiviti melalui perancangan promosi dan publisiti strategik.
· Menguruskan media massa dan media sosial.
· Menyediakan teks ucapan, kata alu-aluan dan nota percakapan.
· Menyelaras dan menyediakan Laporan Kepuasan Pelanggan.
· Menyelaras dan menyediakan Khidmat Jurugambar dan Video.
· Merancang, menyelaras dan memantau Program Pride TV.