| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa & Pemindahan (BHEAP)


Pengarah
TKP Hafidz bin Othman



Objektif

Mengurus proses pemindahan banduan warganegara Malaysia yang menjalani hukuman pemenjaraan di luar negara dipindah masuk ke Malaysia dan warga asing dipindah keluar ke negara asal bagi menyempurnakan baki hukuman di negara asal mereka.

Fungsi Bahagian

  • Menguruskan Program Pemindahan Antarabangsa Banduan
  • Bertindak sebagai Bahagian antarabangsa Jabatan
  • Menguruskan semua lawatan luar negara ke Jabatan Penjara Malaysia
  • Menjadi pusat sumber / data warga asing jabatan
  • Memantau Program Pemulihan Warga Asing (PPWA)
  • Sekretariat APCCA Jabatan dan semua program Luar Negara / Antarabangsa / Jabatan termasuk penyediaan kertas kerja untuk pembentangan peringkat antarabangsa
  • Mengurus Perjanjian Dengan Negara Luar.
  • Mengurus Proses Permohonan Pemindahan Banduan Warga Asing Ke Negara Asal.
  • Mengurus Proses Pemindahan Banduan Warga Asing Ke Negara Asal.
  • Mengurus Dokumentasi Berkaitan Penyerahan Banduan Asing.
  • Menyelaras Dan Memantau Statistik Banduan Warga Asing Dari Institusi Penjara.
  • Menguruskan Permohonan Pemindahan Banduan Warganegara Malaysia Yang Sedang Menjalani Hukuman Penjara Diluar Negara.
  • Mengurus Proses Pemindahan Banduan Warganegara Malaysia Yang Sedang Menjalani Hukuman Penjara Di Luar Negara.
  • Mengurus Dokumentasi Berkaitan Penerimaan Banduan Warganegara Malaysia.
  • Menyediakan Statistik Banduan Warganegara Malaysia Yang Menjalani Hukuman Penjara Di Luar Negara Dan Statistik Banduan Warganegara Malaysia Di Luar Negara Yang Telah Dipindahkan Ke Malaysia.

Fungsi Mengikut Unit :-

Unit Pemindahan Banduan Keluar
Mengurus proses pemindahan banduan warganegara asing ke Negara asal berdasarkan kepada syarat dan perjanjian yang telah dipersetujui.

Unit Pemindahan Banduan Masuk
Menguruskan proses pemindahan banduan warganegara Malaysia yang sedang menjalani hukuman di luar Negara untuk menjalani baki hukuman di negara Malaysia berdasarkan kepada syarat dan perjanjian yang telah dipersetujui.

Program / Inisiatif

1. Menyediakan dan menyiapkan deraf akta dan peraturan serta borang-borang yang berkaitan dengan pelaksanaan pemindahan banduan.
2. Menyediakan dan menyiapkan prosedur dan operasi standard yang akan digunapakai oleh jabatan dalam melaksanakan proses pemindahan banduan.
3. Berkerjasama dengan agensi-agensi berkaitan bagi melancarkan proses kerja dan fungsi jabatan.
4. Terlibat dalam penyediaan perjanjian di antara negara luar dengan Malaysia.

 

Sumber Maklumat : Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa & Pemindahan (BHEAP)
Tarikh Kemaskini : 23 April 2021